Saturday, July 6, 2019

Strategi Menulis Penutup Rumusan dan Menyemak Rumusan



1.      Anda perlu ingat semula isi keseluruhan petikan dan focus soalan sebagai panduan untuk menulis penutup.
2.      Baca dan teliti pendahuluan, isi tersurat, dan isi tersirat. Fikirkan penutup yang berkaitan dengan focus soalan atau perkara yang difokuskan dalam petikan.
3.      Bina penutup rumusan dengan menggunakan kaedah berikut:
Cadangan (C) + Harapan (H)
4.      Gunakan kata hubung yang tepat untuk menggabungkan kedua-dua unsur tersebut (Cadangan + Harapan). Misalnya, dan, agar, supaya, untuk, kerana, dan sebagainya.
5.      Tulis penuutp di perenggan akhir rumusan dengan ayat yang lengkap dalam sebaris ayat saja.
6.      Bilang jumlah patah perkataan dan catat pada akhir ayat.



Idea Pemeriksa SPM
1.      Penutup rumusan boleh berupa cadangan, pendapat, ulasan, atau komen yang berkaitan dengan perkara dalam petikan.
2.      Penutup rumusan dibina berdasarkan pemahaman menyeluruh tentang petikan.
3.      Anda disarankan menggunakan formula C + H untuk membina penutup rumusan.
4.      Gunakan rangkai kata, frasa, penanda wacana, atau ungkapan yang sesuai yang dapat menandai bahawa perenggan tersebut merupakan penutup rumusan.



SAMPEL SPM 5

Arahan Soalan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang kesan pencemaran alam sekitar dan masalah untuk menanganinya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Menulis Penutup Rumusan
            Pencemaran alam sekitar perlu ditangani Bersama-sama (cadangan) agar (kata hubung) kualiti alam sekitar sentiasa terjamin (harapan).


________________________________________________________________________________ 



STRATEGI MENYEMAK RUMUSAN

1.      Campurkan jumlah perkataan yang telah anda tulis bagi setiap baahgian (pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat, dan penutup).
2.      Semak rumusan anda secara keseluruhan sebelum anda menulisnya.
3.      Perkara utama yang perlu anda semak ialah dari segi ejaan, tanda baca, dan aspek tatabahasa. Hal ini demikian kerana sebarang kesalahan yang tidak anda sengajakan dapat anda betulkan bagi mengelakkan pemotongan markah.

4.      Supaya pengiraan anda tepat, perkara yang berikut dikira sebagai sepatah perkataan:
(a)   Kata nama khas seperti nama orang, nama tempat, judul buku, dan sebagainya;
(b)   Kata sendi di dan ke;
(c)   Kata ganda, seperti rumah-rumah, berangan-angan, kuih-muih, dan sebagainya.
(d)   Kata majmuk seperti antarabangsam daya saing, dan sebagainya;
(e)   Tarikh dan angka;
(f)    Cogan kata, simpulan bahasa, ungkapan, dan sebagainya.

5.      Catat jumlah patah perkataan bagi rumusan anda di dalam kurungan anda di dalam kurungan di sudut kanan bahagian bawah baris akhir rumusan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Strategi Menulis Penutup Rumusan dan Menyemak Rumusan

1.       Anda perlu ingat semula isi keseluruhan petikan dan focus soalan sebagai panduan untuk menulis penutup. 2.       Baca dan tel...