Saturday, July 6, 2019

Srategi Menganalisis Soalan Rumusan dan Menulis Pendahuluan

STRATEGI MENGANALISIS SOALAN RUMUSAN

1.      Baca arahan soalan dengan teliti untuk menentukan kehendaknya, yakni focus soalan dan untuk mengetahui panjangnya rumusan yang perlu ditulis.
2.      Anda perlu memahami kata kunci yang berfungsi sebagai penanda tugasan dalam arahan soalan yang secara jelas menyatakan bahawa soalan itu adalah soalan rumusan.
3.      Kenal pasti focus soalan (FS) itu dan garisi perkara-perkara yang berikut supaya tumpuan perhatian anda berpusat pada kehendak soalan:
(a)   Focus utama soalan (isi tersurat) – F1
(b)   Focus kedua soalan (isi tersirat)  – F2
4.      Lazimnya, focus soalan boleh terdiri daripada:
(i)     Faktor/punca/sebab
(ii)  Akibat/kesan/impak;
(iii)            Ciri-ciri/kriteria;
(iv) Faedah/manfaat/kebaikan/kepentingan;
(v)   Cara/usaha/langkah mengatasi masalah;
(vi) Keburukan/kelemahan/kekurangan;
(vii)          Sumbangan/jasa/pengorbanan;
(viii)        Peranan/tugas/tanggungjawab.
5.      Garas bawahi setiap perkataan yang menjadi penanda tugasan dan focus soalan supaya tumpuan perhatian anda berpusat pada kehendak soalan.
6.      Garisi jumlah patah perkataan yang ditetapkan dalam arahan soalan.


Idea Pemeriksa SPM

1.      Kehendak soalan dapat dikesan melalui penanda tugasan.
2.      Focus soalan (F1 dan F2) dinyatakan dengan jelas dalam soalan.
3.      Penanda tugasan atau focus soalan dinyatakan seperti berikut:
(a)   buat suatu rumusan tentang kekangan dalam penerbitan bahan bacaan ilmiah di negara ini dan langkah-langkah mangatasinya;
(b)   buat suatu rumusan tentang kepentingan melakukan aktiviti riadah dan usaha-usaha untuk menggalakkan orang ramai beriadah;
(c)   buat suatu rumusan tentang langkah-langkah memajukan sector perikanan dan kepentingannya.


SAMPEL SPM 1

Arahan Soalan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang keistimewaan perubatan tradisional kepada orang ramai dan langkah-langkah memajukannya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Menganalisis Soalan Rumusan

Tugasan: Menulis rumusan
Fokus pertama: Keistimewaan perubatan tradisional kepada orang ramai
Focus kedua: Langkah-langkah memajukannya
Kehendak soalan: Menulis rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan tentang keistimewaan perubatan tradisional kepada orang ramai dan langkah-langkah memajukan perubatan tradisional.


_________________________________________________________________________________



STRATEGI MENULIS PENDAHULUAN RUMUSAN

1.      Baca petikan yang dikemukakan dengan teliti.
2.      Fahami maksud petikan secara keseluruhannya. Kenal pasti mesejnya.
3.      Bina pendahuluan rumusan berdasarkan tema utama petikan tersebut.
4.      Anda boleh menggunakan formula pembinaan pendahuluan seperti yang berikut:
Pendahulaun= (Frasa Khusus) FK + Tema Utama/Keseluruhan Petikan


Idea Pemeriksa SPM

1.      Pendahuluan sebaik-baiknya ditulis berdasarkan pemilihan kata yang tepat dan ayat yang membayangkan isi rumusan yang dihasilkan.
2.      Jumlah perkataan dalam pendahuluan hendaklah dikawal.
3.      Tulislah pendahuluan dalam satu perenggan saja.
4.      Rangka pendahuluan lebih dahulu sebelum menulis pendahuluan yang sebenarnya.


SAMPEL SPM 2

Arahan Soalan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang punca-punca berlakunya pembakaran terbuka dan langkah mengekangnya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

FK = Petikan membincangkan/memperkatakan/menjelaskakn/berkaitan dengan + Tema utama/keseluruhan petikan
Tema utama/Keseluruhan Petikan = faktor yang menyebabkan berlakunya pembakaran terbuka

Menulis Pendahuluan Rumusan (P)
            Petikan memperkatakan ketidakprihatinan rakyat terhadap kesan pencemaran udara telah menyemarakkan pembakaran terbuka di negara ini.


No comments:

Post a Comment

Strategi Menulis Penutup Rumusan dan Menyemak Rumusan

1.       Anda perlu ingat semula isi keseluruhan petikan dan focus soalan sebagai panduan untuk menulis penutup. 2.       Baca dan tel...