Saturday, July 6, 2019

Strategi Mengenal Pasti Isi Tersurat



1.      Baca petikan yang dikemukakan dengan teliti.
2.      Ingat semula focus soalan (FS) yang anda peroleh ketika menganalisis soalan tadi agar anda dapat mengesan isi tersurat “apa” yang perlu anda cari.
3.      Kenal pasti dan garisi isi tersurat yang terdapat dalam petikan. Catat isi tersurat tersebut.
4.      Bilang isi tersurat dan catat jumlahnya dalam kurungan pada akhir ayat tersebut.
Contohnya:
            Kemasukan pekerja asing menyebabkan berlakunya pengaliran wang ke luar negara.
[10 patah perkataan]

5.      Carilah sekurang-kurangnya empat atau enam isi tersurat yang terdapat dalam petikan.
6.      Gunakan kata hubung atau penanda wacana yang sesuai jika terdapat isi tersurat yang hendak anda gabungkan dalam sebaris ayat.
7.      Ayat majmuk campuran atau ayat pancangan boleh juga anda gunakan untuk menggabungkan isi tersurat.
8.      Isi tersurat hendaklah ditulis dengan tepat dan padat agar jumlah perkataan tidak melebihi jumlah yang ditetapkan.
9.      Anda boleh menggabungkan maksimum dua isi tersurat dalam satu ayat tanpa mengubah maksud asal ayat tersebut.

10.  Untuk menulis isi-isi tersurat setepatnya, anda perlu melakukan perkara-perkara berikut:
(a)   Contoh langsung tidak perlu dimasukkan.
Contoh langsung dapat dikenal pasti menerusi penggunaan kata-kata seperti contohnya, umpamanya, seperti, antaranya, termasuklah, atau dalam bentuk. Misalnya:
(i)                 Media massa, seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, dan internet menyalurkan maklumat dengan tepat dan pantas.
(ii)              Pelajar digalakkan menyertai pelbagai aktiviti luar kelas di sekolah, misalnya berukan, berpersatuan, berekreasi, dan bergotong-royong.
(b)   Contoh tidak langsung tidak perlu disertakan dalam isi tersurat.
Misalnya:
Hasil pertanian negara ini, antaranya termasuklah getah, kelapa, kelapa sawit, dan kopi adalah untuk dieksport.
(c)   Huraian sesuatu konsep tidak perlu ditulis dan hendaklah digugurkan. Misalnya:
Petronas, agensi yang bertanggungjawab terhadap petroleum dan gas di negara ini menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang ke luar negara.
(d)   Frasa atau rangkai kata yang Panjang hendaklah digantikan dengan suatu konsep yang sama maksudnya.
Misalnya:
(i)                 …perbuatan merosakkan harta benda awam, lari dari rumah, jenayah yang melibatkan remaja, dan pergaulan bebas [gejala social]
(ii)              …pasukan pengakap, bulan sabit merah, pandu puteri, renjer puteri, dan kadet remaja sekolah [unit beruniform]
(e)   Jika terdapat dua isi yang bergabung dalam satu ayat, ambillah kedua-dua bahagian isi tersebut.
Misalnya:
…perwakilan asing mengakui bahawa sejak mencapai kemerdekaan (Isi 1), Malaysia mencapai kemajuan yang pesat dalam pelbagai bidang. (Isi 2)
(f)    Semua isi yang berkait dalam beberapa ayat boleh digabungkan.
Misalnya:
(i)                 Pihak sekolah telah mengadakan kempen membaca. (Isi 1)
(ii)              Demikian juga halnya dengan institusi pengajian tinggi. (Isi 2)
(iii)            Kempen membaca ini bertujuan meningkatkan minat mambaca dalam kalangan masyarakat. (Isi 3)
Pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi telah mengadakan kempen membaca untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat.
(Ketiga-tiga isi itu berkaitan)



Idea Pemeriksa SPM
1.      Isi tersurat ialah isi yang dinyatakan atau yang tercatat dalam petikan.
2.      Isi tersurat yang betul mestilah berkait dan menepati focus pertama (F1) dalam arahan soalan, yakni tumpuan utama tugasan dalam arahan soalan.
3.      Anda dicadangkan menulis isi tersurat lebih daripada empat isi.
4.      Untuk memperlihatkan kesatuan ayat yang berkesan atau kesinambungan antara satu isi denga nisi yang lain, kata hubung dan penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan.



SAMPEL SPM 1

Arahan Soalan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang kekangan dalam memajukan sector pertanian di negara ini dan kesan-kesannya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Mengenal Pasti Isi Tersurat [Berdasarkan Fokus Pertama Soalan (F1)]

1.      Focus pertama soalan ialah kekangan dalam memajukan sector pertanian di negara ini.
2.      Isi tersurat yang perlu dikutip mestilah berkaitan dengan jejangan atau halangan dalam memajukan sector pertanian di Malaysia.
3.      Jika anda mengemukakan isu tersurat yang tidak berkaitan dengan kekangan terseut, isi tersebut yang tidak berkaitan dengan kekangan tersebut, isi tersebut tidak diterima. Hal ini demikian kerana isi tersebut tidak relevan, tidak selaras dengan arahan soalan, dan tidak menepati focus soalan.
4.      Jika anda mengemukakan kekangan yang tidak tersurat dalam petikan, markah tidak akan diberikan walaupun isi tersebut relevan.

No comments:

Post a Comment

Strategi Menulis Penutup Rumusan dan Menyemak Rumusan

1.       Anda perlu ingat semula isi keseluruhan petikan dan focus soalan sebagai panduan untuk menulis penutup. 2.       Baca dan tel...