Saturday, July 6, 2019

Pengenalan kepada Rumusan Bahasa Melayu SPM


RUMUSAN

Format dan Keperluan SPM
1.      Soalan rumusahn dikemukakan sebagai Soalan 1 dalam Kertas 1103/2 Bahasa Malaysia SPM.
2.      Soalan ini wajib dijawab oleh calon SPM.
3.      Petikan umum yang panjangnya kira-kira 350 patah perkataan diberikan untuk dibuat rumusan.
4.      Panjangnya rumusan yang telah ditetapkan ialah tidak melebihi 120 patah perkataan.
5.      Petikan yang sama juga digunakan untuk Soalan 2: Pemahaman [Soalan 2(a) – Petikan Umum].
6.      Lazimnya, sumber untuk petikan rumusan adalah dipetik daripada rencana majalah atau akhbar tempatan.
7.      30 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Kriteria Rumusan yang Cemerlang
1.      Rumusan yang cemerlang hendaklah memenruhi kriteria yang berikut:
(a)   Menepati perkara yang dinyatakan dalam soalan;
(b)   Idea dipersembahkan secara teratur, iaitu mempunyai pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat, serta kesimpulan yang tepat dan mantap.
(c)   Menggunakan Bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, dan tanda baca;
(d)   Menggunakan diksi (pemilihan kata) yang tepat dan sesuai dengan maksud dalam petikan asal;
(e)   Menepati jumlah perkataan yang ditetapkan dalam soalan, iaitu 120 patah perkataan.
2.      Tanpa memenuhi syarat-syarat ini, markah untuk rumusan anda akan terjejas.
  
Permarkahan dalam SPM
1.      Anda perlu berusaha untuk memperoleh markah sebanyak mungkin bagi aspek rumusan meskipun aspek ini agak sukar dihadapi.
2.      Hal ini demikian kerana soalan tentang aspek rumusan ini diperuntukkan markah yang besar; iaitu 30 markah.
3.      Lazimnya, pembahagian markah untuk soalan tentang aspek rumusan dibahagikan kepada:
(a)   Isi         -  20 markah
(b)   Bahasa -  10 markah
4.      Perincian markah isi adalah seperti berikut:
(a)   Pendahuluan
(b)   Isi tersurat
(c)   Isi tersirat
(d)   Penutup
5.      Kombinasi isi tersurat dan isi tersirat diperuntukkan sebanyak 16 markah, iaitu 2 markah bagi setiap isi.
6.      Berdasarkan pembahagian markah ini dapatlah dirumuskan bahawa setiap rumusan mestilah mempunyai 10 isi penting, iaitu:
(a)   Pendahuluan
(b)   Isi
(c)   Penutup
7.      Walau bagaimanapun, jumlah isi penting yang perlu disediakan oleh calon sebagai isi tersirat dan isi tersurat tidak tetap dan boleh berubah-ubah, asal saja ada lapan isi penting keseluruhannya. Setiap isi tersirat dan isi tersurat mesti mempuyai dua isi penting sekurang-kurangnya.
8.      Dalam rajah yang berikut, terdapat lima model (A hingga E) yang dapat dijadikan panduan atau dipraktikkan dalam usaha untuk menyediakan rumusan karangan yang cemerlang serta menepati kehendak keperluan SPM.
Perkara
Kombinasi isi penting
Pendahuluan
1
1
1
1
1
Isi Tersurat
6
5
4
3
2
Isi Tersirat
2
3
4
5
6
Penutup
1
1
1
1
1
Model
A
B
C
D
E

Permarkahan: 10 isi X 2 markah
                          = 20 markah
9.      Anda hendaklah mengemukakan isi tersurat dan isi tersirat tidak lebih daripada lapan isi.
10.  Anda harus mematuhi had jumlaj kata yang dibenarkan untuk rumusan anda seperti yang dinyatakan dalam arahan, yakni tidak melebihi 120 patah perkataan.



Idea Pemeriksa SPM
(a)   Kebanyakan pelajar lebih mudah mengemukakakn isi tersurar berbanding dengan isi tersirat kerana isi tersurat tercatat dalam petikan.
(b)   Terdapat juga pelajar yang melakukan pelbagai kesilapan menulis isi tersirat menyebabkan mereka tidak mendapat markah yang tinggi.
(c)   Oleh itu, anda dicadangkan memilih Model A.

11.  Hal ini demikian kerana dalam peperiksaan SPM, rumusan diperiksa dan dinilai setakat jumlah had perkataan; yang selebihnya tidak akan diperiksa oleh pemeriksa dan tidak dinilai.
12.  Selain itu, aspek Bahasa tidak harus anda abaikan kerana markah Bahasa ialah ½ markah isi, iaitu 10 markah. Perkara yang diambil kira untuk tujuan permarkahan ialah:
(a)   Kelancaran isi;
(b)   Ejaan yang betul
(c)   Struktur ayat yang baku;
(d)   Kosa kata yang luas;
(e)   Penggunaan tanda baca yang tepat;
(f)    Penanda wacana yang tepat/sesuai.
13.  Markah Bahasa akan terjejas sekiranya terdapat kesalahan dari segi struktur ayat, pengimbuhan, pemilihan kata (diksi), ejaan, dan penanda wacana.
14.  Jangan sekali-kali menyalin perkataan demi perkataan atau ayat demi ayat yang terdapat dalam petikan asal bulat-bulat. Hal ini demikian kerana anda tidak akan dapat menghasilkan rumusan yang mantap.
15.  Pemberian markah untuk rumusan ini adalah berdasarkan jadual yang berikut:
Peringkat
Markah isi
Markah Bahasa
Huraiannya
Baik
18 – 20
15 – 17
9 – 10
7 – 9
·         Kesinambugan isinya baik.
·         Struktur ayat/tatabahasanya baik.
·         Kosa katanya luas.
·         Tanda baca/ejaannya betul
Sederhana
12 – 14
8 – 11
6 – 7
4 – 6
·         Kesinambungan isinya masih baik.
·         Struktur ayat/tatabahasanya masih memuaskan.
·         Kosa katanya masih memuaskan.
·         Penggunaan tanda baca/ejaannya memuaskan.
Lemah
1 – 7
1 – 4
·         Secara keseluruhan aspek bahasanya serba kekurangan/tidak memuaskan.


No comments:

Post a Comment

Strategi Menulis Penutup Rumusan dan Menyemak Rumusan

1.       Anda perlu ingat semula isi keseluruhan petikan dan focus soalan sebagai panduan untuk menulis penutup. 2.       Baca dan tel...